RASULULLAH MENANGIS DIPADANG MAKHSYAR
8:49:00 PMDari Usman bin Affan dari
Abbas, Rasulullah bersabda,
“ Aku adalah orang yang paling
awal dibangkitkan dari kubur
pada hari kiamat yang tiada
kebanggaan. Bagiku ada syafaat
pada hari kiamat yang tiada
kemegahan. Bendera pujian di
tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di
bawah benderaku. Umatku
adalah umat yang terbaik.
Mereka adalah umat yang
pertama dihisab sebelum umat
yang lain. Ketika mereka bangkit
dari kubur, mereka akan
membuang tanah yang ada di
atas kepala mereka. Mereka
semua akan berkata, ‘Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan kami
bersaksi bahwa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang telah
dijanjikan oleh Allah serta
dibenarkan oleh para rasul ’.”
Ibnu Abbas berkata, “Orang
yang pertama dibangkitkan dari
kubur di hari kiamat ialah
Muhammad. Malaikat Jibril akan
datang kepadanya bersama
seekor Buraq. Israfil pula datang
dengan membawa bersama
bendera dan mahkota. Izrail
pula datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian
surga. ”
Malaikat Jibril akan menyeru,
“ Wahai dunia! Di mana kubur
Muhammad?” Bumi menjawab,
“Sesungguhnya, Tuhanku telah
menjadikan aku hancur. Telah
hilang segala lingkaran, tanda
dan gunung-ganungku. Aku
tidak tahu dimana kubur
Muhammad. ”
Rasulullah bersabda, “Lalu
diangkatkan tiang-tiang dari
cahaya dari kubur Nabi
Muhammad ke awan langit.
Maka, empat malaikat berada di
atas kubur. ” Israfil bersuara,
“Wahai roh yang baik!
Kembalilah ke tubuh yang
baik !” Maka, kubur terbelah
dua. Pada seruan yang kedua
pula, kubur mula terbongkar.
Pada seruan yang ketiga, ketika
Rasulullah berdiri, beliau telah
membuang tanah di atas kepala
dan janggut beliau. Rasulullah
melihat kanan dan kiri. Beliau
dapati, tiada lagi bangunan.
Beliau menangis sehingga
mengalir air matanya ke pipi.
Malaikat Jibril berkata kepada
Rasulullah, “Bangun wahai
Muhammad! Sesungguhnya
kamu di sisi Allah di tempat
yang luas. ” Rasulullah
bertanya, “Kekasihku Jibril!
Hari apakah ini?” Jibril
menjawab, “Wahai
Muhammad! Janganlah kamu
takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan.
Inilah hari pembentangan
Allah. ”
Rasulullah berkata, “Kekasihku
Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril bertanya, “Apakah yang
kamu lihat di hadapanmu?”
Rasulullah berkata, “Bukan
seperti itu pertanyaanku.”
Jibril berkata, “Adakah kamu
tidak melihat bendera kepujian
yang terpacak di atasmu ?”
Rasulullah berkata, “Bukan itu
maksud pertanyaanku. Aku
bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian
mereka ?” Jibril berkata,
“Demi keagungan Tuhanku!
Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia,
sebelummu ?” Rasulullah
berkata, “Niscaya akan, kuatlah
pertolongan pada hari ini. Aku
akan mensyafaatkan umatku. ”
Jibril berkata, “Tungganglah
Buraq ini wahai Muhammad dan
pergilah ke hadapan
Tuhanmu !”
Malaikat Jibril datang bersama
Buraq ke arah Rasulullah. Buraq
meronta-ronta, lalu Jibril
berkata kepadanya, “Wahai
Buraq! Adakah kamu tidak malu
dengan makhluk yang paling
baik dicipta oleh Allah?
Sudahkah Allah perintahkan
kepadamu agar mentaatinya ?”
Buraq menjawab, “Aku tahu
semua itu. Akan tetapi, aku ingin
dia mensyafaatiku agar
memasuki surga sebelum dia
menunggangku. Sesungguhnya,
Allah akan datang pada hari ini
dalam keadaan marah. Keadaan
yang belum pernah terjadi
sebelum ini. ” Rasulullah
bersabda kepada Buraq, “Ya!
Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku, niscaya aku memberi
syafaat kepadamu. ”
Setelah berpuas hati, Buraq
membenarkan Rasulullah
menunggangnya lalu dia
melangkah. Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Rasulullah berada di
Baitul Maqdis di atas bumi dari
perak yang putih, malaikat
Israfil menyeru, “Wahai tubuh-
tubuh yang telah hancur,
tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang
bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah
kamu dari perut burung, dari
perut binatang buas, dari dasar
laut dan dari perut bumi ke
perhimpunan Allah Yang Maha
Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di
dalam sangkakala. Di dalamnya
ada beberapa tingkat dengan
bilangan roh makhluk. Setiap
roh, akan didudukkan berada di
dalam tingkat. Langit di atas
bumi akan menurunkan hujan
dari lautan kehidupan akan air
yang sangat pekat seperti air
mani lelaki. Dengan demikian,
tersusunlah tulang-tulang, urat-
urat memanjang, daging kulit
dan bulu akan tumbuh.
Sebagian mereka akan kekal ke
atas sebagian tubuh tanpa roh.
Allah berfirman, “Wahai Israfil!
Tiup sangkakala tersebut dan
hidupkan mereka dengan izin-
Ku akan penghuni kubur.
Sebagian mereka adalah
golongan yang gembira dan
suka. Sebagian dari mereka
adalah golongan yang celaka
dan derita. ” Malaikat Israfil
menjerit, “Wahai roh-roh yang
telah hancur! Kembalilah kamu
kepada tubuh-tubuhmu.
Bangkitlah kamu untuk
dikumpulkan di hadapan
Allah. ”
Allah berfirman, “Demi
keagungan dan ketinggian-Ku!
Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya !” Apabila roh-
roh mendengar sumpah Allah,
roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya.
Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad
mereka. Apabila semuanya
sedia, masing-masing melihat.
Rasulullah duduk di padang
pasir Baitul Maqdis, melihat
makhluk-makhluk. Mereka
berdiri seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri.
Umat Rasulullah merupakan
satu umat. Rasulullah berhenti
memperhatikan ke arah mereka.
Mereka seperti gelombang
lautan. Jibril menyeru, “Wahai
sekalian makhluk, datanglah
kamu semua ke tempat
perhimpunan yang telah
disediakan oleh Allah. ”
Umat-umat datang di dalam
keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Rasulullah berjumpa
satu umat, beliau akan bertanya,
“ Di mana umatku?” Jibril
berkata, “Wahai Muhammad!
Umatmu adalah umat yang
terakhir. ” Apabila nabi Isa
datang, Jibril menyeru,
“ Tempatmu!” Maka nabi Isa
dan Jibril menangis.
Rasulullah bertanya, “Mengapa
kamu berdua menangis.” Jibril
berkata: “Bagaimana keadaan
umatmu, Muhammad?”
Rasulullah bertanya, “Di mana
umatku?” Jibril menjawab,
“Mereka semua telah datang.
Mereka berjalan lambat dan
perlahan. ”
Apabila mendengar cerita
demikian, Rasulullah menangis
lalu bertanya, “Wahai Jibril!
Bagaimana keadaan umatku
yang berbuat dosa ?” Jibril
menjawab, “Lihatlah mereka
wahai Muhammad!” Apabila
Rasulullah melihat mereka,
mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada
beliau dengan apa yang telah
Allah muliakannya. Mereka
gembira kerana dapat bertemu
dengan beliau. Rasulullah juga
gembira terhadap mereka.
Rasulullah bertemu umatnya
yang berdosa. Mereka menangis
serta memikul beban di atas
belakang mereka sambil
menyeru, “Wahai
Muhammad!” Air mata mereka
mengalir di pipi. Orang-orang
zalim memikul kezaliman
mereka. Rasulullah berkata,
“ Wahai umatku.” Mereka
berkumpul di sisinya. Umat-
umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah
Allah seruan yang menyeru,
“ Di mana Jibril?” Jibril
berkata, “Jibril di hadapan
Allah.” Allah berfirman di
dalam keadaan Dia amat
mengetahui sesuatu yang
tersembunyi, “Di mana umat
Muhammad?” Jibril berkata,
“Mereka adalah sebaik umat.”
Allah berfirman, “Wahai Jibril!
Katakanlah kepada kekasih-Ku
Muhammad bahwa umatnya
akan datang untuk ditayangkan
di hadapan-Ku. ”
Malaikat Jibril kembali di dalam
keadaan menangis lalu berkata,
“ Wahai Muhammad! Umatmu
telah datang untuk ditayangkan
kepada Allah. ” Rasulullah
berpaling ke arah umatnya lalu
berkata, “Sesungguhnya kamu
telah dipanggil untuk
dihadapkan kepada Allah.”
Orang-orang yang berdosa
menangis karena terkejut dan
takut akan azab Allah. Rasululah
memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin
ternakannya menuju di hadapan
Allah. Allah berfirman, “Wahai
hamba-Ku! Dengarkanlah kamu
baik-baik kepada-Ku tuduhan
apa-apa yang telah
diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan
dosa !”
Hamba-hamba Allah terdiam.
Allah berfirman, “Hari ini, Kami
akan membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan siapa yang
mentaati-Ku. Dan, Aku akan
mengazab siapa yang durhaka
terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi
ke arah Malik, penjaga neraka!
Katakanlah kepadanya, bawakan
Jahanam !” Jibril pergi
berjumpa Malik, penjaga neraka
lalu berkata, “Wahai Malik!
Allah telah memerintahkanmu
agar membawa Jahanam. ”
Malik bertanya, “Apakah hari
ini?” Jibril menjawab, “Hari
ini adalah hari kiamat. Hari yang
telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan
apa yang telah mereka
usahakan. ” Malik berkata,
“Wahai Jibril! Adakah Allah
telah mengumpulkan
makhluk ?” Jibril menjawab,
“Ya!” Malik bertanya, “Di
mana Muhammad dan
umatnya ?” Jibril berkata, “Di
hadapan Allah!”
Malik bertanya lagi,
“ Bagaimana mereka mampu
menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam
apabila mereka melintasinya
sedangkan mereka semua
adalah umat yang lemah ?”
Jibril menjawab, “Aku tidak
tahu!” Malik menjerit ke arah
neraka dengan sekali jeritan
yang menggerunkan. Neraka
berdiri di atas tiang-tiangnya.
Neraka mempunyai tiang-tiang
yang keras, kuat dan panjang.
Api dinyalakan sehingga tiada
kekal mata seorang dari
makhluk melainkan bercucuran
air mata mereka (semuanya
menangis). Air mata sudah
terhenti manakala air mata
darah manusia mengambil alih.
Anak-anak mulai beruban
rambutnya. Ibu-ibu yang
memikul anaknya
mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk
padahal mereka sebenarnya
tidak mabuk.
Hari kiamat adalah waktu
terakhir semua manusia, tidak
ada lagi kesempatan untuk
bertaubat, padahal Allah Maha
Pengampun. Satu-satunya
penolong hanyalah syafaat
Rasulullah, dan syafaat itu
berlaku untuk umat Rasulullah
yang mengikuti sunnahnya. Oleh
karena itu, marilah kita cintai
dan ikuti Rasulullah mulai
sekarang sebelum datangnya
hari kiamat itu, jangan
menganggap hari akhir itu
masih lama datangnya, tidak
usah menunggu tanda-tanda
kiamat dahulu untuk bertaubat,
karena dosa sebesar apa pun
akan diampuni olah Allah
mumpung hayat masih di
kandung badan. semoga kita
terhindar dari keganasan
malaikat Malik dan Neraka
Jahannam. Amin …
0 comments